Sesuatu kebaikan yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran pahala walau di mana sahaja dan sekecil apa pun kebaikan itu.
Malah di jalan raya juga kita boleh melakukan kebaikan seperti membuang penghadang yang menganggu kenderaan lalu lintas demi keselamatan sejagat, baik kayu, batu dan lain-lain.
Begitulah yang boleh digambarkan menerusi satu perkongsian video yang memaparkan anggota polis trafik dan beberapa orang awam membantu mengalihkan batu blok yang menghalang laluan.
Berdasarkan video yang dikongsikan dari halaman Facebook Polis Melaka, perkara ini berlaku di kawasan lampu isyarat Tg. Minyak. Sebuah lori yang membawa muatan batu blok telah terjatuhkan sebahagian batu blok di atas jalan raya.
Seorang anggota polis trafik dari cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka ketika itu kebetulan lalu di jalan tersebut.
Tanpa berlengah, beliau telah berhenti dan membantu mengalihkan batu-batu blok tersebut bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan memastikan kelancaran lalu lintas. Begitu juga dengan beberapa orang lain yang turut membantu.



Anda juga boleh melihat video tersebut di SINI.
Terdapat beberapa netizen yang menonton video tersebut telah memuji jasa yang dilakukan mereka di ruangan komen. Beginilah sikap terpuji yang harus dicontohi oleh semua. Berbakti tidak kira tempat dan masa, walau siapapun kita.


Sumber: Polis Melaka