Hidangan sedap hingga menjilat jari KFC dihantar ke rumah-rumah kebajikan pada 31 Ogos
KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2022 – KFC, di bawah syarikat operasinya, QSR Brands (M) Holdings Bhd, telah menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 semalam dengan menghantar makanan kepada 65 rumah dan organisasi kebajikan di seluruh Malaysia.
Sejumlah 6,500 hidangan telah agihkan kepada golongan-golongan kurang bernasib baik untuk menyebarkan kegembiraan di kalangan semua rakyat Malaysia sewaktu perayaan ini disambut di seluruh negara. Antara rumah kebajikan yang dilawati KFC termasuk SHELTER Home for Children, Persatuan Orang Buta Malaysia, Good Samaritan Home, dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sinar Suria Sabah.
“Hari Merdeka merupakan hari yang istimewa untuk semua rakyat Malaysia, oleh itu kami merasa terpanggil untuk berkongsi semangat ini dengan mereka yang kurang bernasib baik. Di kala kita semua semakin pulih daripada cengkaman Covid-19 dan bebas untuk menyambut perayaan di seluruh negara, kami ingin menyebarkan kegembiraan dan melakar kenangan indah bersama-sama golongan ini.
“Di bawah inisiatif Add Hope kami, kami meraikan sambutan bersama 65 buah organisasi amal ini di seluruh negara,” kata Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd.
“Hari Merdeka memberi peluang kepada kita semua untuk mengingati dan mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan dan perpaduan kaum di Malaysia yang telah menjadi kekuatan negara ini. Sejak dari dahulu lagi, hidangan KFC telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia dan telah mewarnai pelbagai sambutan dan keraian. Untuk sambutan kemerdekaan kali ini, kami ingin berkongsi kegembiraan dengan lebih ramai lagi rakyat Malaysia, justeru idea untuk menghantar makanan ke 65 rumah amal dan organisasi ini tercetus,” tambahnya.
Program Add Hope Malaysia merupakan inisiatif jangkauan komuniti berterusan yang pertama kali dimulakan pada tahun 1997. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat global KFC yang bertujuan untuk mengetengahkan dan memacu tindakan dalam gerakan menamatkan kelaparan di dunia dengan meningkatkan wang kutipan setiap tahun untuk Program Makanan Sedunia oleh PBB. Sejak bertahun-tahun, inisiatif ini telah menyediakan hampir 4 juta hidangan di seluruh Malaysia.