Ketua Polis Daerah Melaka Tengah telah menafikan dakwaan video pendek berdurasi 20 saat yang tular di media sosial.
Video tersebut mendakwa terdapat kematian sekeluarga akibat COVID-19 di Taman Merdeka berikutan keluarga berkenaan didakwa hanya menjalani kuarantin di rumah sebaliknya tidak menghadiri janji temu saringan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau juga menjelaskan tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kes tersebut seperti yang di dakwa.
Orang ramai juga diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu sehingga boleh menimbulkan keadaan panik dalam masyarakat.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara