Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa keputusan terkini yang dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang telah menjalankan ujian penjujukan genom ke atas 32 virus COVID-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook miliknya, kesemua 23 virus COVID-19 dari Kluster Benteng LD adalah mutasi D614G dan saling menyerupai namun tidak berkait dengan virus COVID-19 yang dijumpai di Kedah, meskipun kesemuanya mempunyai mutasi D614G.
“Ujian-ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji lanjut kebarangkalian dan semakan dengan kumpulan keluarga virus COVID-19 (Phylogenetic tree),” katanya.
Tambahnya, ini bermakna masyarakat perlu lebih berwaspada dan lebih berhati-hati. Ini kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini didapati lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak.


Sumber: Noor Hisham Abdullah