Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa kebanyakan kes sporadik sebenarnya tidak bergejala namun masih boleh menjangkiti orang sekeliling dan orang yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.
Infografik yang bersumberkan kenyataan akhbar KPK mengenai bahaya kes sporadik ini telah dikongsikan oleh KKM menerusi Twitter.
Kes Covid-19 sejak Januari hingga Jun yang meningkat setakat ini dipercayai sebahagiannya adalah kes sporadik, iaitu sebanyak 69% kes.
Oleh hal yang demikian, bagi mencegah dan mengurangkan kes sporadik ini, KKM berpesan pada masyarakat supaya mengamalkan SOP yang betul. Antaranya ialah:
Pakai pelitup muka berganda di tempat awam
Jaga penjarakan fizikal
Kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer
Duduk di rumah jika tiada keperluan keluar
Buat ujian/pemeriksaan jika bergejala/ kontak rapat
Daftar vaksin Covid-19
Ikuti info penuhnya di bawah.
Sumber: Twitter @KKMPutrajaya