Kes baharu Covid-19 hari ini terus menunjukkan trend penurunan dan kes baharu hari ini menurun kepada 4,701 kes hari ini. Jumlah kumulatif kes kini 2,501,966.
Sebelum rentas negeri dibenarkan kepada individu yang sudah lengkap divaksinasi, kes harian sudah pun mencatatkan trend penurunan sehingga kini. Dan selepas beberapa minggu kelonggaran rentas negeri diberi, tiada lagi peningkatan kes mendadak setakat ini.
Semalam, kes baharu Covid-19 mencecah 4,922 kes dan hari ini menurun kepada 4,701.
Sumber: Bernama