Susulan berita tular berkait pelepasan air dari Empangan Durian Tunggal, Melaka, Kerajaan Negeri Melaka melalui Badan Kawal Selia Air dalam satu kenyataan hari ini menafikan khabar angin tersebut.
Menurut kenyataan Pengarah Sumber Air Negeri Melaka, berita itu tidak tepat kerana setakat ini kerajaan negeri tidak membuat apa-apa keputusan untuk melepaskan air dari dua empangan di Melaka.
“Kenyataan yang telah diviralkan berkaitan pelepasan air Empangan Durian Tunggal itu adalah tidak tepat. Ia adalah merujuk kepada pintu air (tidal gate) di sungai yang dibukan bagi melancarkan aliran air,” jelas beliau.
Tambahnya dalam kenyataan itu, paras air untuk Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus telah mencapai tahap 100 peratus. Pun begitu, keputusan untuk tidak melepaskan air dari kedua-dua empangan tersebut dibuat ekoran kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal iaitu hanya melalui sistem spillway sedia ada.
Sumber: Bernama TV