Penduduk di Kerala, India mempunyai cara tersendiri apabila menggunakan payung untuk menentukan jarak satu meter penjarakan sosial sebagai usaha mengekang pandemik COVID-19.
Menurut laporan Outlook India, idea berkenaan dicetuskan oleh Menteri Kewangan Negeri, Thomas Isaac dan kini menjadi viral di media sosial. Perkara berkenaan diterima pakai oleh kerajaan tempatan untuk dikuatkuasakan.
”Satu resolusi sudahpun diluluskan dan ia bakal menjadi normal baru. Setiap penduduk yang keluar dari rumah perlu membawa payung, bertujuan untuk mengekalkan penjarakan sosial,” kata Issac.
Menurut laporan itu lagi, orang awam juga dibekalkan payung pada harga subsidi bagi memastikan perintah berkenaan berjaya dilaksanakan.
Sumber: Outlook India