Kredit: Bernama

Kenderaan Bawa Perdana Menteri Ke-10, Anwar Ibrahim Tiba Di Istana Negara Sebentar Tadi

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Yang Di Pertua Agong (YDP Agong) telah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas Malaysia mengadakan Piliharaya Umum Ke-15, Sabtu lepas.

Dalam kenyataan media yang diterbitkan oleh Istana Negara, Datuk Seri Anwar dijadualkan akan mengangkat sumpah sebagai Perdana ke-10 di Istana pada pukul 5 petang ini.

Sebentar tadi, kenderaan rasmi yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Pintu 1 Istana Negara pada pukul 4.32 petang ini, bersempena majlis Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-10.

Berita lanjut bakal menyusul

Sumber: Bernama via Twitter