Sebelum ini, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq telah mengeluarkan satu kenyataan dimana pihaknya dalam usaha untuk membawa masuk beberapa artis luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Walau bagaimanpun usaha ini mendapat kritikan beberapa pihak yang mempersoal dan menyelar tindakan beliau.
Terbaru, seorang penceramah bebas daripada progam Pencetus Ummah menyatakan rasa ketidakpuasan hati terhadap kedatangan kumpulan penyanyi Korea ke Malaysia.
Dia dalam pada itu berkongsi satu keratan berita yang menunjukkan bahawa negara Rusia sudah mengharamkan kedatangan kumpulan tersebut atas sebab tertentu.
Kenyataan yang dikeluarkan walau bagaimanapun telah mengundang pelbagai respon orang ramai yang ada diantaranya bersetuju dan ada juga yang mengecam hebat.