Kempen #TabikWiraKita Dapat Sambutan Menggalakkan, Raikan Patriotisme & Pengorbanan Wira Negara
Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Kempen #TabikWiraKita di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
Keseluruhan kempen melibatkan kerjasama antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan selebriti Fatah Amin serta 28 pempengaruh media sosial lain selama 2 bulan berlangsung dari 25 September hingga 6 November 2024 lalu.
Kempen #TabikWiraKita adalah merupakan cetusan inisiatif dari Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme, menghargai jasa wira-wira negara dan memupuk kreativiti serta inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia melalui cabaran #TabikWiraKita sebagai usaha menunjukkan rasa berterima kasih secara kreatif di platform media sosial.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Abdul Rahman sempat membetulkan beret salah seorang pemenang cilik Kempen #TabikWiraKitaBertemakan patriotisme dan hubungan sosial bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap peranan dan sumbangan ATM dalam kalangan rakyat Malaysia itu menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang yang disampaikan sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman.
Tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Aniq Qawiem Mohamad Sazaly. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000 dengan menghasilkan video kreatif inspirasi dari keamanan negara yang telah kita miliki pada hari ini dengan mengetengahkan mesej menghargai jasa perwira-perwira negara.
Pemenang tempat ketiga Kempen #TabikWiraKita, Muhammad Aniq Qawiem bin Mohamad Sazaly yang berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000.Beliau yang bekerja dalam bidang penulisan dan penyiaran berkata “Dorongan yang paling besar sekali untuk mesej yang saya bawakan dalam video tersebut adalah semua orang boleh menghargai pengorbanan anggota tentera tak kira umur, pangkat dan juga harta kerana setiap dari kita ada tanggung jawab untuk menjadi warga negara yang baik”.
Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Nurul Shuhada Omar bersama suami dan dua orang anaknya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM4,000.
Shuhada amat bersyukur dengan kemenangan ini, mungkin ini rezeki anak-anak ujar beliau. Mereka berkongsi bahawa idea asal video yang suami dan anak-anaknya diterbitkan adalah berkisar pada cerita ayah mertuanya iaitu datuk kepada anak-anak beliau yang pernah berkhidmat menyertai misi ketenteraan di Bosnia suatu ketika dahulu.
Pemenang tempat kedua Kempen #TabikWiraKita, Norshuda binti Omar bersama suami Mohd Hasmizan bin Hashim Bersama dua orang anak yang berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM4,000.Selain daripada turut serta dalam kempen ini, tujuan beliau sekeluarga menghasilkan video ini juga adalah kerana ingin menyampaikan mesej penghargaan atas pengorbanan anggota tentera selama ini.
Tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Rashide Roziman, beliau merupakan guru subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani di SK Polis Depot, Kuala Lumpur. Beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM6,000.
Beliau bersama tiga orang anak muridnya telah menghasilkan video kreatif memamparkan semangat cintakan negara oleh bakal-bakal perwira negara kita. Rashide juga merupakan guru media TVPPS sekolah dalam perancangan mencari dana untuk membina studio TVPSS sekolah dan turut serta dalam kempen ini bertujuan mengumpul dana tersebut.
Pemenang tempat kedua Kempen #TabikWiraKita, Muhammad Rashide bin Roziman dari SK Polis Depot, Kuala Lumpur yang berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM6,000.“Dengan kemenangan ini, maka dapatlah mencapai niat asal untuk masuk pertanding ini supaya dapat mengumpul dana untuk studio kami, Alhamdulillah, syukur.
“Dalam perancang kami memerlukan dana dalam RM10,000 untuk melengkapkan studio tersebut, dengan kemenangan ini, sedikit sebanyak telah membantu kami dalam mencari dana tersebut” kata Rashide lagi.
Bagi selebriti Fattah Amin peluang berkolaborasi dengan Kementerian Pertahanan (MINDEF) ini amat memberangsangkan. Bagi beliau, pengalaman menjalani pengambaran kempen ini tidak dapat beliau lupakan sepanjang hayat beliau.

Ini merupakan kali pertama bagi Fattah dan pempengaruh yang lain membuat kandungan media sosial di dalam kem tentera yang sentiasa diberi kawalan ketat dan teratur. Beliau juga berkongsi pengalaman menyaksikan sendiri latihan tentera yang begitu menguji kemampuan fizikal.
Fattah bersyukur kerana Kempen #TabikWiraKita telah mencapai kejayaan yang luar biasa, dengan hasil pulangan (ROI) melebihi jangkaan yang berjaya menarik penyertaan pengguna dan meraih tontonan di media sosial lebih 6.6 juta orang.
“Kalau diberikan peluang, saya dan bersama-sama rakan pempengaruh media sosial yang lain amat berbesar hati untuk menjalankan kempen ini lagi sebab bagi saya kempen seperti ini harus berterusan. Yang penting objektifnya kita semua hendak menunjukkan penghargaan kepada anggota tentera” ujar Fattah lagi.
Selebriti Fattah Amin menyampaikan cenderahati Kempen #TabikWiraKita Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Abdul Rahman.Dalam majlis tersebut juga Fattah Amin telah menyampaikan tanda penghargaan plague cenderahati #TabikWiraKita kepada Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, Ketua Staf Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan Atan, dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Haji Ahmad.
Kempen ini jelas menunjukkan impak yang besar dan kesan positif yang luar biasa. Kejayaan ini tidak hanya menunjukkan keberkesanan strategi yang diterapkan, tetapi juga menunjukkan sokongan yang kuat dari semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan kempen.