KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Orang ramai bakal menikmati wang tunai dikembalikan sebanyak RM20 menerusi kempen ‘Jom Nginap’ apabila menempah bilik hotel minimum RM50, menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet, mulai hari ini hingga 31 Mac.
Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kempen dengan kerjasama Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) itu adalah sebagai usaha dan sokongan bagi menggalakkan pelancongan domestik yang terjejas akibat penularan COVID-19 sejak awal tahun ini.
Menerusi kempen itu pelanggan akan mendapat kembali wang tunai dalam tempoh tiga hari bekerja.
Maklumat lanjut dan tawaran pakej penginapan boleh didapati dengan melayari laman sesawang https://www.tngdigital.com.my/mybhajomnginap.
— BERNAMA