Kekosongan Luar Jangka Kerusi Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang
1.Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada YB Dato’ Law Choo Kiang, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan N.20
Sungai Bakap, Pulau Pinang berikutan kematian penyandangnya Allahyarham YB Encik Nor Zamri bin Latiff pada 24 Mei 2024.
2.Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR.
3.Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 6 Jun 2024 (Khamis) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.
4.Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas ini diadakan.
Sekian, terima kasih.