Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia pada baru-baru ini telah mengeluarkan notis kepada rakyatnya yang merancang ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Indonesia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu, pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia berharap agar sebilangan rakyatnya yang bakal bertandang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Indonesia tidak menimbulkan sebarang masalah.
Pihak kedutaan juga turut berharap agar perlawanan bola yang berlangsung malam ini juga dapat memperkuatkan persahabatan serta persaudaraan sebagai saudara serumpun.
Para penyokong Harimau Malaya yang bakal berkunjung ke stadium pada malam ini dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan pada penyokong pelawat yang hadir bagi memberi sokongan pada pasukan negara mereka.
Sumber: Kedutaan Besar Republik Indonesia – Kuala Lumpur, Malaysia