Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membenarkan kemasukan kepada pasangan dan anak kepada warganegara yang tidak mempunyai pas lawatan jangka panjang untuk masuk ke Malaysia.
Menerusi kenyataan media tersebut, kemudahan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan pada 25 Ogos 2020 yang lalu.
Walau bagaimanapun, mereka diwajibkan untuk terus memohon Pas Lawatan Jangka Panjang setelah selesai proses kuarantin wajib seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pemohon perlu membuat permohonan melalui emel gforce@imi.gov.my dan permohonan ini akan diproses serta dibawa ke mesyuarat Task Force Kemasukan Warga Asing ke Malaysia bagi penilaian sebelum kebenaran masuk diberikan.
Pemohon yang di benarkan masuk ke Malaysia bagi kategori ini adalah seperti berikut:
i. Isteri kepada warganegara Malaysia/Penduduk Tetap
ii. Suami kepada warganegara Malaysia/Penduduk Tetap
iii. Anak kepada warganegara Malaysia/Penduduk Tetap
Suami dan isteri warganegara asing kepada warganegara Malaysia yang telah berkahwin secara sah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia dan medaftarkan perkahwinan mereka dengan Pihak Berkuasa seperti berikut:
i. Berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
ii. Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri
iii. Berdaftar dengan Kedutaan Malaysia/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Luar Negara
Ketua Pengarah JIM menasihatkan kepada orang ramai supaya melayari laman web www.imi.gov.my terlebih dahulu bagi mendapatkan tatacara dan panduan permohonan masuk bagi kategori ini sebelum menghantar permohonan lengkap ke gforce@imi.gov.my.


Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia