Peminat cita rasa autentik Kayra Kerala Cuisine kini boleh menikmati semula masakan kegemaran mereka di rumah dengan pelancaran “Kayra Cooking Series”, menampilkan pes dan sos istimewa yang telah terbukti popular di restoran mereka. Setiap produk dalam siri ini direka untuk memudahkan penyediaan daripada dapur ke pinggan dalam tempoh hanya 10 minit.
Bagi pemilik restoran dan generasi ketiga warisan Keralan-Malaysia, Meriam Alfonso, permintaan yang berterusan daripada pelanggan setia, terutamanya mereka yang menetap di luar negara untuk menikmati rasa asli hidangan Kayra menjadi pendorong utama di sebalik inisiatif ini.
Kayra Kerala Cuisine telah menempatkan jenama mereka antara restoran paling disukai di Kuala Lumpur dengan pengiktirafan dalam senarai “MICHELIN Selected” bagi tahun 2023, 2024 dan 2025, selain turut tersenarai dalam “20 Restoran Terbaik” oleh Tatler Dining selama empat tahun berturut-turut sejak 2021.
Setelah enam bulan menjalani proses penyelidikan dan pembangunan yang teliti, Meriam bersama Ketua Cef Eksekutif, Sal Sabeel, telah memperkenalkan tiga hidangan paling laris daripada Kayra; Kari Moilee, Kari Ikan Kerala, dan Kari Udang Mangga.
“Kami terlibat secara langsung dalam setiap proses, daripada pembekalan bahan mentah sehinggalah ke pengeluaran. Kawalan kualiti yang ketat ini penting bagi kami kerana sama ada anda memasaknya sebagai hidangan mudah di Kuala Lumpur atau sedang melepaskan rindu di London, kami mahu rasa Kayra yang anda kenal kekal konsisten dan berkualiti tinggi,” jelas Meriam.

Setiap pes hanya perlu dipanaskan mengikut arahan, tambah protein atau sayur-sayuran pilihan, dan siap sedia dihidang. Kayra Cooking Series ini juga telah disahkan halal dan tahan disimpan sehingga 12 bulan.
Produk ini dijual pada harga RM20.00 seunit atau RM55.00 bagi set tiga unit (sebarang kombinasi), dengan penghantaran percuma bagi pesanan bernilai RM200.00 ke atas. Meriam turut berkongsi bahawa pihaknya sedang dalam proses menguji tiga lagi perisa baharu dan berhasrat untuk terus memperluas rangkaian Kayra Cooking Series secara berterusan.
“Sambutan yang diterima amat memberangsangkan, dan ramai juga yang menyatakan ia sesuai dijadikan hadiah menarik. Jadi, kenapa berhenti pada tiga sahaja?” ujar Meriam. “Kami ingin terus berkongsi kegembiraan sama ada di restoran kami atau dari dapur rumah anda sendiri.”
The Kayra Website
Shopee
Tik Tok Shop
Kayra
F-8, Bangsar Village 1, Jalan Telawi 1,
Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur
https://maps.app.goo.gl/vfFDc1dqaxZVKvND9?g_st=ic
Coast by Kayra
Lot G03-G05, Ground Floor, The Starhill
181, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
https://maps.app.goo.gl/8oLFVj858vkpawAe8?g_st=ic