
SUBANG JAYA, MALAYSIA (Disember 8, 2022) — Bagi menyambut ketibaan musim percutian ini, kate spade new york melancarkan pengambilalihan jenamanya di gelanggang luncur ais Sunway Pyramid. Di samping itu, memaparkan kehadiran kios pop-up interaktif berinspirasikan Candy Bar.
Binaan kios sementera ini direka untuk membangkitkan keterujaan liburan di musim percutian akhir tahun ini lantas menjemput komuniti setempat untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan dalam menyambut Hari Natal serta ketibaan Tahun Baru.
Paparan dekorasi kios Candy Bar ini menggabungkan warisan serta nada gaya yang menuruti keanehan dan keseronokan rumah fesyen ini; bersentuhan kilauan glamor tinsel dengan hamparan lantai hitam putih bercorak dam. Sekali gus, laman ruangan sementara ini membingkiskan keajaiban serta menyuntik energi musim perayaan, di mana apa sahaja yang boleh dilakukan dan sentiasa ada sesuatu untuk diraikan.

Terbuka kepada umum dari 8 sehingga 26 Disember, kios interaktif ini menjemput para pengunjungnya untuk mempersiapkan persalinan dalam menyambut ketibaan musim percutian dalam gaya kate spade sebenar. Disuntik rincian elemen manisan gula-gul yang bertenaga menerusi himpunan kate spade new york holiday 2022, rumah fesyen ini turut memaparkan barisan aksesori serta ceraian gaya yang pelbagai dalam mengimbangi gaya persalinan buat musim perayaan hujung tahun ini. Terdapat juga tawaran pemberian hadiah mendakap manisan gula-gula untuk dimenangi.
Pelanggan boleh mengambil bahagian dalam permainan di laman ruangan yang dibayangi himpunan percutian jenama dan boleh diakses untuk bermain menerusi https://sugarrush.kspadeexperiencemy.com/. Setelah selesai bermain di setiap tahap dalam permainan, pemain boleh menebus hadiah di kios Candy Bar lalu berpeluang untuk memenangi pengalaman membeli-belah bersama kate spade new york bernilai RM3,000.00.
Tetamu terkenal turut kelihatan pada petang hari perasmian yang menyertai jenama ini bagi meraikan pengambilalihan gelanggang luncur ais dan pelancaran binaan kios sementara itu. Antara yang hadir adalah Athina Kamarudin (Model), Jestinna Kuan (Usahawan Pencipta Kandungan), Anna Jobling (Pelakon), Christinna Kuan (Usahawan dan Pencipta Kandungan) dan Elyn Leong (Pencipta kandungan).

Pengambilalihan gelanggang luncur ais oleh kate spade new york adalah dari 7 Disember sehingga 2 Januari. Kios pop-up dibuka kepada umum mulai 8 Disember sehingga 26 Disember di Sunway Pyramid Mall di aras Lower Ground 2, satu tingkat di atas gelanggang luncur ais dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Pada hari Sabtu, bertarikh 10, 17 dan 24 Disember, para pengunjung di pusat beli-belah Sunway Pyramid bakal dihidangkan dengan persembahan luncur ais istimewa pada jam 2.30 petang yang dibawakan khusus oleh kate spade new york.

SOSIAL: Sertai perbualan @KateSpadeNY, #katespadeny
Tentang Kate Spade New York: Sejak dilancarkan pada tahun 1993 dengan koleksi terdiri dari enam beg tangan esensial, Kate Spade New York sentiasa tampil disuntik dengan penuh berwarna-warni, berani lagi optimis. Hari ini ia adalah salah satu jenama gaya hidup global yang direka untuk menyempurnakan setiap sisi liburan gaya hidup harian.
Secara tidak langsung, turut memaparkan himpunan bermusim menerusi barisan beg tangan, ceraian gaya ready-to-wear, barang kemas, kasut, hadiah, objek dekorasi dan banyak lagi. Terkenal dengan warisan yang kaya serta DNA jenama yang unik, Kate Spade New York menawarkan sudut pandangan yang tersendiri dalam meraikan komuniti wanita di seluruh dunia dengan menjalani gaya hidup yang penuh bersahaja lagi unik.