Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 telah berakhir sejak semalam. Ia merupakan detik yang paling gembira bagi pelajar-pelajar yang mengambil ujian tersebut kerana mereka telah ‘bebas’ dari dunia persekolahan.
Namun, berlaku kekecohan dalam laman media sosial apabila sesetengah dari pelajar meraikan ‘kebebasan’ mereka dengan cara yang dianggap tidak sopan.
‘Trend’ conteng baju sekolah mungkin telah lama wujud, namun beberapa tahun ini ia kembali berkembang semula.
Melihat kepada keadaan ini, Cikgu Emmet meluahkan rasa kecewa dan memberi cadangan bagaimana untuk meraikan pengakhiran ujian SPM.
Alhamdulillah dan selamat berjaya kepada anak anak lepasan SPM yang berjaya menamatkan ujian dengan jaya. Rasa lega dan release kan? Happy tak terkira…Ok cikgu nampak trend conteng baju ni makin menjadi-jadi saban tahun. Cikgu rasa trend ni berkembang sejak lima atau enam tahun lepas.Cikgu tak tahu apa kepuasan yang adik adik dapat jika menconteng baju ini. Yang pasti baju ini adik takkan pakai pergi kenduri atau berpeleseran di bandar. Nasib baju ini pasti le tong sampah juga kan?
Kasihan ayah dan ibu.. Cari duit beli baju…mungkin ada yang ikat perut demi menyediakan baju sekolah… Namun akhirnya baju ini dijadikan contengan selepas tamat ujian SPM.Bagaimana dengan 2020 nanti ye bakal bakal adik yang ambil SPM nanti.? Adakah anda akan ikut jejak abang abang dalam gambar ini?Atau membuat sujud syukur bersalawat?
Alaaaa… Tak best la cikgu….sujud dan selawat tak da kena mengena dengan baju…. Kata segelintir kamu agaknya.
Okey cikgu bagi cadangan CARA NAK RAIKAN PENGAKHIRAN UJIAN SPM 2020 DENGAN BAJU SERAGAM SEKOLAH.
Pastikan kamu dan sekumpulan kawan kawan kamu..lakukan perkara ini.
1. Pakai baju seragam yang bersih..
2. Bawa beg kertas yang cantik.
3. Isikan dengan baju tshirt dan seluar sepersalinan.
4. Lepas tamat ujian akhir… Berkumpul di depan tandas… Salin baju dn seluar.
5. Isikan baju seragam dan seluar sekolah serta kasut sekolah dalam beg kertas yang cantik.
6. Tulis besar nama ayah dn ibu di beg tersebut.
7. Pergi ke rumah rakan rakan tingkatan 4 yang miskin atau ke rumah anak anak yatim..atau cari anak anak gelandangan
8. Sedekahkan baju itu…
9. Mohon penerima doakan kecemerlangan spm kamu sebagai balasan. Mohon doakan kesihatan ayah ibu kamu.
10. Kamu boleh balik dengan KEBAIKAN DAN PAHALA kerana memudahkan hidup orang lain.
11. Kamu boleh viralkan perbuatan ini dalam media sosial supaya jadi ikutan dan trending pada orang lain.
Ok ini lah cadangan cikgu… ini lebih baik dari conteng baju dan buang dalam tong sampah.
Sekian selamat maju jaya
Sumber: Cikgu Emmet