Kanak-kanak dan remaja yang berumur 17 dan ke bawah, tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin sebaliknya perlu melakukan ujian Covid-19 RTK(Ag) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan di Malaysia.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media khas sebentar tadi. Pengumuman ini sekaligus menjawab persoalan ibu bapa yg mahu pulang ke Malaysia selepas pintu sempadan dibuka.
Khairy menjelaskan bahawa kanak-kanak dan remaja yang tiba di Malaysia hanya perlu membuat ujian RTK Antigen sahaj dalam tempoh 24 jam selepas tiba di negara ini.
“Ramai yang tanya, kanak-kanak macam mana. Kita dah buat keputusan, tak kira status vaksinasi dia tak perlu kuarantin. Asalkan dia sudah buat ujian PCR sebelum berlepas dan ujian RTK Antigen selepas tiba di Malaysia,” kata Khairy.
Sumber: KKM