Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dipercayai tertimbus dalam tanah runtuh berjaya diselamatkan selepas 65 jam di daerah Bayrakli, Wilayah Izmir.
Mangsa merupakan antara 106 yang berjaya diselamatkan dari runtuhan tersebut. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Dalam ciapan Twitter, Mehmet Gulluoglu iaitu Ketua Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki menyatakan anggotanya gembira dapat selamatkan anak gadis tersebut.
Beberapa orang ahli keluarga anak kecil ini juga berjaya diselamatkan selepas 23 jam gempa tersebut berlaku namun abangnya yang berusia 7 tahun maut. Ibu dan dua kakaknya masih dalam rawatan.
Sumber: AA.com