Seorang kanak-kanak autisme baru berusia 5 tahun telah didakwa sebagai pesalah seks oleh pihak sekolah diatas perbuatannya yang bertindak memeluk seorang rakan sekelas dan juga mencium pipi rakan yang lain.
Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak tersebut telah diberi amaran beberapa kali namun tetap melakukan perbuatan yang melampaui batas pergaulan itu. Ibu kepada kanak-kanak ini telahpun dihubungi oleh pihak sekolah dan merasakan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu.
Nenek kepada kanak-kanak tersebut mempersoalkan bagaimana pihak sekolah boleh bertindak sedemikian. Menurutnya, pihak sekolah perlu mendapatkan penjelasan dari pihak keluarga dan juga doktor terlebih dahulu mengenai cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut wakil dari Jabatan Pendidikan Hamilton County Time Hensley, pihak sekolah berhak melaporkan sebarang perkara yang membimbangkan berkaitan pelajar. Laporan perlu dilakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak dan pihak itu akan menentukan bentuk tindakan yang bakal diambil.
Sumber: Independent