Semalam alam maya bagaikan terhenti seketika apabila platform media sosial paling popular di dunia iaitu Facebook, Instagram dan Whatsapp tergendala dan mengalami masalah teknikal.
Mark Zuckerberg yang merupakan Ketua Pengarah Eksekutif Facebook dalam kiriman terbaharu di laman rasmi Facebooknya memohon maaf atas gangguan teknikal yang berlaku di seluruh dunia hari ini.
“Facebook, Instagram, Whatsapp dan Messenger dah kembali online sekarang. Maaf atas gangguan yang berlaku hari ini. Saya tahu betapa anda bergantung kepada servis kami untuk sentiasa berhubung dengan orang yang anda sayang.”
Sumber: Mark Zuckerberg