Polis menasihati orang ramai yang terkesan atau mengalami kerugian harta benda akibat haiwan ternakan milik penternak lain yang berkeliaran supaya tidak mengambil tindakan sendiri.
Menurut Bernama, tindakan sendiri yang dimaksudkan termasuklah mencederakan atau menganiaya haiwan tersebut. Malah sebaliknya mereka perlu membuat aduan dan laporan kepada pihak berwajib.
“Perbuatan itu merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap haiwan.
“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Penternak haiwan ternakan juga disarankan untuk sentiasa bertanggungjawab mengawal haiwan ternakan masing-masing supaya tidak memudaratkan harta benda orang awam,” lapor Bernama.
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama
Gambar: BernamaSumber: BERNAMA