Jurulatih kepada pasukan PUBG Mobile, SEM9.GANK, iaitu Hahagus atau nama sebenarnya Agusalim Amran dilaporkan telah meninggal dunia.
Perkara tersebut telah disahkan sendiri menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh akaun Facebook pasukannya sebentar tadi.
Menurut, akaun Twitter berita e-sukan iaitu @wtmtoday, Allahyarham telah meninggal dunia selepas bertarung nyawa dengan virus COVID-19.
“Agusalim Amran (Hahagus) meninggal dunia setelah bertarung nyawa dengan Covid-19.
“Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sg Buloh seketika tadi,” tulis akaun tersebut.
Takziah kepada keluarga serta kenalan Hahagus. Sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: SEM9, @wtmtoday