Sekiranya terjumpa dengan barangan aneh yang tak pernah dilihat, siapa sahaja pasti akan merasa curiga dan tertanya-tanya.
Seperti perkongsian oleh seorang pemuda Aman Jamadi di Twitter yang menjumpai bungkusan yang dibalut di dalam kain batik dengan lilitan tali berwarna kuning.
Bungkusan tersebut yang diletakkan di dalam semak teah mengundang rasa ingin tahu ramai sehingga meraih 47.5 ribu tanda suka dan 30.4 ribu ulang kicau, hanya dalam tempoh sehari dimuat naik.
Nak buka ke tak?
Dia kemudiannya mengangkat bungkusan tersebut dan meletakkan di hadapan rumah kerana dikatakan ‘berbau’.
Angkat letak depan rumah
Keesokkan pagi, dia telah ‘memberanikan’ diri untuk membuka bungkusan berkenaan dengan dibantu oleh abang iparnya.

Ustaz askar pun cuak
Rupa-rupanya, bungkusan tersebut hanyalah buah nangka yang dibalut dengan kain lebih.
Nenek yang balut macamni, dengan aku sekali terkena
Rata-rata netizen yang turut membanjiri ruangan komen mengatakan mereka takut dan cemas menantikan apa yang berada di sebalik bungkusan tersebut tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Satu Malaysia kena tipu

Semangat tengok padahal kena tipu

Aku punya lah overthink

Sumber: Twitter @AmanJamadi