Menerusi sidang media yang berlangsung sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan satu gambar rajah yang menunjukkan ramalan Covid-19 menggunakan gambaran nilai R.
Nilai R atau dikenali ‘R naught’ adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes tersebut.
Tegasnya dalam sidang media tersebut, kalau ‘R naught’ kita meningkat kepada satu, itu adalah amaran kepada kita untuk mengambil tindakan lebih drastik. Samada kita akan kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), itu bergantung kepada rakyat Malaysia.
“Walaupun kerajaan memberikan kelonggaran, KKM tetap memantau keadaan semasa, setiap hari. Kalau R naught kita meningkat kepada satu (1), itu adalah amaran kepada kita untuk mengambil tindakan lebih drastik.
Samada kita akan kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), itu bergantung kepada rakyat Malaysia. Samada kes akan meningkat, itu juga bergantung kepada rakyat Malaysia.
Jadi KKM merayu kepada rakyat Malaysia supaya mematuhi SOP seperti yang telah dikeluarkan.”
Sumber: KKM