Jerebu: Gabenor Chiang Mai Arah Semua Organisasi Kerajaan Kerja Dari Rumah
Gabenor Chiang Mai mengarahkan semua organisasi kerajaan di wilayah itu supaya bekerja dari rumah selepas jerebu tahap membimbangkan mencemari udara wilayah berkenaan, lapor Bangkok Post.
Arahan itu dikeluarkan kepada semua organisasi kerajaan kecuali mereka yang menyediakan perkhidmatan awam secara langsung.
Ia bagi melindungi diri mereka daripada terdedah dengan udara tidak sihat susulan peningkatan tahap kualiti udara ke paras yang berbahaya.
Jabatan Kawalan Pencemaran (PCD) melaporkan bahawa paras PM2.5 di Utara adalah antara 94 hingga 416 IPU setakat 11 pagi tadi.
Menurut IQAir, berdasarkan garis panduan kesihatan sedunia indeks pencemaran udara (IPU) yang paling berbahaya adalah di paras 2.5
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, daerah Muang di Chiang Mai melaporkan bacaan PM2.5 setinggi 233 IPU.
Ketua Pengarah PCD, Pinsak Suraswadi berkata, pencemaran udara itu berlaku susulan daripada kebakaran hutan tempatan dengan titik panas di negara jiran.
Jerebu tebal dijangka akan berterusan sehingga 14 April ini
Tambah Pinsak, jerebu tebal dijangka kekal di Utara, terutama di wilayah sempadan, sehingga 14 April ini.
Pada pagi tadi, IQAir meletakkan Chiang Mai sebagai bandar utama paling tercemar di dunia, mendahului kawasan panas seperti Delhi dan Lahore, India.
Thailand telah berdepan dengan pencemaran udara sejak awal tahun ini, dan sebahagiannya dilaporkan disebabkan oleh pembakaran dan pertanian bermusim.
BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga
Sehingga hari ini, hampir dua juta orang memerlukan rawatan hospital untuk masalah pernafasan yang disebabkan oleh pencemaran udara, menurut Kementerian Kesihatan Thailand.
Kerajaan Thailand sebelum ini memberi amaran kepada penduduk Bangkok untuk tinggal di dalam rumah dan bekerja di rumah pada Februari lalu. Keputusaan itu dibuat kerana ibu kota tersebut telah diselubungi jerebu di tahap yang berbahaya.
Sumber: Bangkok Post