Jepun telah meminta China untuk berhenti mengambil ujian swab dubur bagi Covid-19 pada warganya yang tinggal di negara itu, menurut jurucakap kerajaan baru-baru ini.
Ketua Setiausaha Kabinet, Katsunobu Kato, berkata, prosedur itu menyebabkan ‘kesakitan psikologi yang hebat’ kepada orang Jepun yang tinggal di China.
Menurut beliau, warganegara Jepun mengadu di kedutaan mereka di China tentang ujian tersebut. Namun setakat ini perkara aduan itu masih belum mendapat maklum balas dari Beijing.
Gambar: Metro UKTidak diketahui berapa ramai warga Jepun yang menjalani ujian sedemikian di mana sampel diambil dari dubur dengan memasukkan sapuan sehingga lima sentimeter ke dalam rektum dan memutarnya beberapa kali.
Difahamkan, beberapa bandar di China menggunakan sampel yang diambil dari dubur untuk mengesan kemungkinan jangkitan Covid-19 sedang negara itu meningkatkan pemeriksaan untuk memastikan tidak ada kemungkinan virus yang terlepas.
Beijing dilaporkan memulakan ujian dubur setelah seorang pelajar sekolah diuji positif virus pada bulan Januari.
Sumber: Metro UK