Gambar Hiasan via Google

Jangan Ambil Mudah, Ini Antara Kerosakan Boleh Berlaku Pada Kenderaan Sekiranya Bawa Muatan Berlebihan

Aziezzan

Sudah menjadi kemestian bagi para pemilik kenderaan untuk melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum melakukan perjalanan. Namun, perkara penting lain yang mesti dipertimbangkan adalah muatan maksimum dan kapasiti penumpang kereta kerana ia akan mempengaruhi keselamatan dan keselesaan semasa memandu, juga akan menyebabkan beberapa kerosakan pada kenderaan tanpa disedari.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, JPJ Malaysia ada berkongsikan 5 kerosakan akibat dari muatan berlebihan pada kenderaan.

1. Sistem suspensi Tekanan dari masa ke semasa akan menyebabkan sistem suspensi tidak berfungsi dengan baik.

2. Tayar Bebanan yang berlebihan boleh menyebabkan tayar menjadi mengembung atau panas dan berkemungkinan akan pecah.

3. Enjin Enjin akan mengalami tekanan apabila sentiasa perlu memberi output yang lebih tinggi disebabkan tenaga yang tinggi diperlukan.

4. Brek Untuk menghentikan kenderaan yang berlebihan muatan dari bergerak adalah lebih sukar dan menyebabkan brek pad akan lebih cepat haus.

5. Pengendalian Bebanan yang berlebihan akan menjejaskan pengendalian kenderaan seperti tidak ketidakstabilan kenderaan yang boleh menyebabkan kenderaan berpusing atau hilang kawalan.

Sumber : JPJ Malaysia