Jalan Runtuh: Laluan Gua Musang – Jelawang Ditutup Bermula 17 November
Jabatan Kerja Raya Gua Musang hari ini memaklumkan Jalan Gua Musang-Jelawang di laluan D29 Kilometer 11.95 ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas laluan itu runtuh.
Menerusi hantaran Jabatan Kerja Raya Gua Musang Kelantan di Facebook, penutupan jalan itu bermula 17 November sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sehubungan itu, pengguna perlu melalui jalan alternatif yang dicadangkan pihak JKR iaitu:
FT08 Jalan Gua Musang – Kota Bharu
FT66 Jalan Kg Sungai Sam – Jeli
FT2743 Jalan Masuk ke Sg. Asap – Bertam – Meranto – Jeli
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati, merancang perjalanan dengan sebaiknya serta mematuhi papan tanda yang telah disediakan.

Sumber: Jabatan Kerja Raya Gua Musang Kelantan