Mungkin sukar untuk dipercayai namun lakaran yang dilakukan oleh empat orang kanak-kanak ini telah berjaya membantu polis menangkap pesalah jalan raya.
Gambar Via Polizei NRW HAMMemetik laporan Gulf News, kejadian yang berlaku pada minggu lalu itu menyaksikan empat orang kanak-kanak berusia enam tahun iaitu Luisa, Romy, Celina dan Luis sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau di persimpangan pejalan kaki untuk ke sekolah mereka.
Secara tiba-tiba, sebuah kenderaan berwarna hitam dilihat membelok ke kiri dan melanggar penghadang jalan.
Penghadang jalan tersebut dipercayai rosak kerana telah dilanggar namun pemandu tersebut tidak menghiraukan apa yang telah berlaku dan terus berlalu pergi.
Nasib tidak menyebelahi pemandu itu kerana empat kanak-kanak pra sekolah tersebut telah melihat segalanya dan ‘menyemat’ erat kejadian tersebut di dalam ingatan mereka serta memberitahu kepada guru kelas.
Gambar via Polizei NRW HAMGuru mereka telah melaporkan kejadian itu kepada pegawai polis daerah yang bertanggungjawab, Celina dan Luis telah melakar detik-detik kejadian itu dan membantu pihak polis menangkap pemandu terbabit.
Jabatan polis tempatan telah memuatnaik gambar lakaran itu ke dalam laman Twitter dan berkata bahawa ia telah menjadi sebahagian daripada fail siasatan.
“Luisa, Romy, Celina dan Luis dari kelas naga di Overberg School layak mendapat pujian istimewa dari pihak polis,” jelas ciapan tersebut.
Sumber: Gulf News