WASHINGTON, 10 Dis (Bernama) — Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) merakamkan ucapan takziah atas kematian wartawan sukan CBS Grant Wahl ketika membuat liputan Piala Dunia di Qatar, kata Jurucakap Jabatan Negara Ned Price dalam satu kenyataan.
“Kami sangat sedih ketika mengetahui mengenai perkara itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya,” kata Price pada Jumaat.
Abangnya Eric Wahl, menyiarkan video di Instagram mendakwa wartawan itu rebah ketika membuat liputan perlawanan Piala Dunia antara Argentina dan Belanda, lapor Sputnik.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Wahl kemudian meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital, menurut New York Post.
Pada Isnin, Wahl sempat berkongsi mengenai keadaan kesihatannya serta mendakwa dia telah sakit selama 10 hari dan menerima antibiotik selepas dipercayai menghidap bronkitis, menurut Laporan Bleacher.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Wahl juga mengesahkan dia diuji negatif COVID-19, menurut laporan itu.
Isteri mendiang, Celine Gounder melalui ciapan di Twitter berkata beliau “terkejut ” apabila mengetahui mengenai pemergian suaminya dan berterima kasih atas sokongan yang diterima.
BACA: Sifar Kes Jenayah Berat Setakat Ini, Piala Dunia Qatar Dianggap Paling Selamat Dalam Sejarah
Sumber: Bernama