Memiliki cahaya mata sememangnya impian bagi pasangan suami isteri yang telah berkahwin. Apa tidaknya, dengan kehadiran cahaya mata sudah pasti dapat memberikan lebih kebahagiaan kepada keluarga mereka.
Namun, ada juga pasangan yang terpaksa menunggu lama untuk memperolehi cahaya mata yang pertama. Walau bagaimanapun, pasangan tersebut tidak boleh berputus asa dan perlu berikhtiar selagi mampu. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah mengesan waktu subur supaya peluang untuk hamil lebih tinggi.
Menariknya, seorang doktor bernama Dr Raihana ada berkongsikan beberapa tips untuk mengesan waktu subur berdasarkan simptom. Perkongsian ini sudah pasti akan dapat memberikan pengetahuan kepada wanita-wanita yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.
Menurut Dr Rai, waktu subur bagi seorang perempuan kebiasaannya adalah selepas waktu haid, namun tidak semua orang menemui waktu subur ketika itu.
Jadi, untuk mengenal pasti waktu subur adalah dengan mengenal pasti tanda-tanda awal. Antara yang dikongsikan oleh Dr Raihana ialah seperti berikut:
Suhu Badan
Menurut Dr Rai, suhu badan atau lebih dikenali sebagai Basal Body Temperature (BBT) merupakan suhu badan asas sewaktu seseorang itu bangun tidur pada waktu pagi dan sebelum melakukan sebarang aktiviti.
Gambar: ParentsTambah Dr Rai lagi, waktu untuk membaca suhu perlulah sama pada setiap hari dan begitu juga perlu periksa di tempat yang sama.
Dr Rai menyatakan bahawa sekiranya suhu badan bermula 36.3 sehingga 36.9 atau 37.0 merupakan waktu yang sangat sesuai.
Cecair Keluar Dari Faraj
Selain daripada suhu badan, Dr Rai juga memaklumkan bahawa simptom waktu subur dapat dikesan melalui cecair yang keluar dari faraj.
Antara simptom cecair yang keluar daripada faraj adalah putih ketul, lendir jernih macam lendir telur ayam yang belum masak dan lendir cair macam air.
OPK
Bagi cara mengesan waktu subur mengikut simptom adalah menerusi pemerikaan OPK. OPK merupakan alat untuk mengesan hormon LH yang merupakan hormon ovulasi waktu subur. Walau bagaimanapun, jelas Dr Rai bahawa OPK juga mempunyai ralat dan kadang kala tidak dapat membaca dengan tepat.
Gambar: NatalistBerkongsikan mengenai kekerapan untuk bersama, Dr Rai memaklumkan bahawa bersama hanya sehari sekali sudah mencukupi. Perkara ini adalah kerana testical lelaki dapat menghasilkan sperma yang matang dalam masa dua hari.
Selain mengesan waktu subur mengikut simptom seperti yang dikongsikan Dr Rai, pelbagai lagi ikhtiar yang boleh diusahakan oleh pasangan suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Antara yang lain ialah perlu memastikan keadaan tubuh badan mereka sihat seperti hormon haid yang stabil dan teratur.
Gambar: Efferty HQAnda juga boleh menonton video penuh Dr Rai menceritakan mengenai cara mengesan waktu subur mengikut simptom di SINI.
Nak dapatkan tips lebih lagi khusus untuk yang sedang berikhtiar mendapatkan zuriat, boleh layari mahuhamil.com dan follow Efferty HQ untuk maklumat lanjut. Tak rugi pun sebab tips-tips hamil yang dikongsikan oleh Dr Rai telah memberi manfaat kepada ramai orang. Antaranya ialah sehingga 700 wanita telah berjaya hamil dengan izin Allah di samping melakukan ikhtiar yang dicadangkan oleh Dr Rai.