Isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar iaitu Datin Zulhaila Siregar Sulaiman dilaporkan telah meninggal dunia.
Berita sedih itu juga turut dikongsikan di laman Facebook Persatuan Seniman Malaysia pada pagi tadi.

Datin Zulhaila Siregar Sulaiman, 64, difahamkan meninggal dunia di kediamannya kerana mengalami masalah pernafasan pada pukul 2 pagi (15 Mei 2020).

Rakan-rakan artis yang mengetahui berita sedih itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.
Sumber: Persatuan Seniman Malaysia