Iphone Rosak? Pastikan Perkara Ini Dulu Sebelum Hantar ‘Repair’, Risau Dapat Barang ‘Fake’
Dalam dunia teknologi yang bergerak pantas hari ini, peranti berjenama Apple telah memperkenalkan pembantu digital peribadi dalam menjalani kehidupan harian. Dalam masa yang sama, keperluan penyelenggaraan dan pembaikan peranti tersebut adalah sentiasa tidak dapat dielakkan. Oleh itu, pengguna akan berhadapan dengan pelbagai pilihan untuk membaiki peranti tersebut, dan selalunya akan lebih cenderung ke pilihan kos yang lebih rendah.
Pilihan pembaikan bajet ini selalunya akan melibatkan penggunaan alat ganti palsu, di mana dalam jangka masa yang panjang berpotensi menjejaskan keselamatan pemilik peranti tersebut. Situasi seperti ini telah menimbulkan kebimbangan pengguna peranti Apple tentang kualiti servis pembaikan dan penyelenggaraan.

Bagi mengatasi masalah ini, Apple telah mengambil langkah drastik untuk menggunakan bahagian alat ganti yang tulen dalam semua proses pembaikan dan penyelenggaraan peranti. Di Malaysia, Apple telah membenarkan Pembekal Pembaikan Bebas seperti Secondlifeasia dan Secondlifeasia Express, termasuk pekerja bebas yang menawarkan servis alat ganti yang tulen untuk pembaikan iPhone, sebagai usaha untuk mengelakkan penggunaan alat ganti palsu di pusat atau servis pembaikan yang tidak berdaftar..
Secondlifeasia, sebuah Independent Repair Provider (IRPs) yang diluluskan oleh Apple, telah mengambil pendirian tegas untuk menggunakan alat ganti yang tulen untuk semua peranti yang memerlukan servis pembaikan dan penyelenggaraan. Diasaskan oleh Jerome Teh dan Alan Lee, Secondlifeasia telah mengenal pasti jurang dalam pasaran ini termasuk kelurangan pengetahuan juruteknik, peralatan, dan bahagian alat ganti yang tulen untuk memberi bantuan pembaikan atau penyelenggaraan kepada peranti berteknologi tinggi ini. Untuk mengurangkan jurang ini, Teh dan Lee, bersama pasukan mereka telah turut serta menjalani kursus teori dan praktikal oleh Apple selama 500 jam.
IRPs diberikan kebenaran eksklusif untuk menyediakan alat ganti yang tulen dan servis pembaikan kepada pelanggan yang memerlukan penyelenggaraan untuk peranti Apple mereka atau peggantian bateri, skrin, kamera dan sebagainya. Pada hari ini, Secondlifeasia menawarkan penyelesaian komprehensif untuk pembaikan peranti di luar jaminan untuk pelbagai peranti Apple seperti, iPhone, iPad, Airpods, Apple Watch dan iMac. Tambahan lagi, mereka berbangga dengan servis pembaikan yang dapat menyatukan semula pemilik bersama peranti mereka dalam masa sehari untuk pembaikan yang tidak kritikal seperti penggantian bateri. Untuk iPhone yang memerlukan masa yang lama untuk proses pembaikan, Secondlifeasia juga ada menawarkan “telefon sementara” dengan tanpa kos tambahan, untuk memastikan pelanggan mereka dapat terus berhubung.
Pengguna digalakkan memilih alat ganti yang tulen dari pembekal yang diiktiraf sahaja, kerana pembekal yang bukan berstatus IRP dan pusat servis yang tidak diluluskan boleh menggunakan alat ganti OEM yang tidak dikenali, yang akan menyebabkan mesej ‘Unknown Parts Detected’ dipaparkan pada peranti. Mesej seperti ini akan menyebabkan nilai jualan peranti Apple menurun secara drastik, dan penggunaan alat penganti yang palsu akan menyebabkan pengguna mengalami risiko kerosakan pada peranti, atau lebih teruk, memberikan risiko kemudaratan kepada diri sendiri.

Tempoh jaminan adalah penting untuk memastikan pembaikan peranti dapat dilakukan dengan servis kualiti yang baik dan menggunakan alat ganti yang tulen. Tempoh jaminan yang panjang juga memberikan perlindungan tambahan kepada pelanggan jika mereka mengalami sebarang masalah dengan peranti yang telah dibaiki. Oleh itu, amatlah penting untuk pelanggan mempertimbangkan tempoh jaminan yang diberi apabila ingin membuat pilihan pembekal pembaikan.
Untuk memberi ketenangan kepada pelanggan, Secondlifeasia menawarkan tempoh jaminan maksimum 12 bulan untuk alat ganti. Syarikat ini juga menitikberatkan perkhidmatan kerja yang berkualiti yang digabungkan bersama alat gentian yang tulen yang bukan sahaja dapat memastikan keselamatan pelanggan tetapi juga memanjangkan jangka hayat peranti, dan menyumbang kepada pengurangan ketara kepada sisa elektronik.
Sebagai lapisan perlindungan tambahan untuk peranti yang tidak mempunyai jaminan, syarikat subsidiari Secondlifeasia, Guard Genius, juga menawarkan pelanggan dengan Pelan Perlindungan untuk peranti digital yang melindungi daripada kerosakan skrin dan cecair untuk 12 sehingga 24 bulan, tanpa kos dan bayaran tersembunyi.

Untuk merai dan mempromosikan budaya pembaikan, Secondlifeasia menawarkan diskaun 7% untuk masa terhad bagi pembaikan iMac dan MacBook secara eksklusif di pusat pembaikan mereka di SS2, Petaling Jaya. Gunakan kod, FESTIVE7 apabila anda membuat janji temu.
Layari laman web Secondlifeasia di, https://www.secondlifeasia.com/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan pembaikan mereka yang tulen dan mampan, dan Guard Genius di, https://www.guardgenius.io/, untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelan Perlindungan untuk peranti digital