Ini akan jadi perlawanan terakhir saya, itulah ucapan Khabib Nurmagomedov selepas melakar kemenangan seterusnya ke atas Gaethje sebentar tadi. Itu juga adalah janjinya terhadap ibunya selepas ayahnya meninggal dunia.
Ketika ditemu bual, Khabib juga sudah melunaskan janjinya terhadap arwah ayah untuk menjadi petarung yang paling hebat dan beliau telah lakukan hari ini.
Khabib menewaskan Gaethje dengan melakukan grip yang sering dilakukan ketika bertarung dan ini menjadikan kemenangan ke-29 Khabib dalam karier beliau sebagai petarung seni pertahanan diri campuran. Khabib juga tidak pernah mencatat sebarang kekalahan.
Sumber: UFC