Vandalisme atau jenayah di sisi moral semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja. Mereka mudah terpengaruh dengan sesuatu budaya yang tidak sihat seperti merosakkan harta benda awam dan orang lain.
Seperti satu perkongsian yang tular di media sosial mengenai sikap sekumpulan remaja yang tidak sensitif terhadap harta benda sebuah restoran. Mereka didakwa telah bertindak melekatkan gam pada bahagian bawah gelas sehingga melekat kuat pada meja.
Tidak diketahui motif sebenar, tindakan tersebut ternyata mengundang rasa berang netizen terhadap sikap tak bertanggungjawab mereka.
Apa masalah budak-budak ni?

Kacau perempuan yang lalu

Dari kecil lah nak bentuk

Rata-rata netizen yang merasa geram turut membanjiri ruangan komen dengan meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing.
Ada yang menyarankan supaya kedai tersebut yang mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) supaya mendedahkah gambar mereka di kedai untuk diberikan pengajaran. Bernas juga idea ini!
Cari budak-budak tu letak gam dekat dahi

Budak-budak sekarang memang ramai perangai macam bangang

Check CCTV, print gambar dan tampal

Sumber : Twitter tehpeng_