Individu sekitar Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi COVID-19 atau yang belum sempat menerima dos kedua mereka, kini boleh dapatkan imunisasi tersebut secara percuma di fasiliti kesihatan swasta selain Klinik Kesihatan kerajaan.
Oleh yang demikian, individu di Lembah Klang boleh mendapatkan temu janji mereka dan buat tempahan dengan mana-mana 98 fasiliti swasta seperti di bawah:
Usaha yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pembaziran dan ketidakpastian permintaan vaksin. Program yang dijalankan ini menfokuskan kepada golongan dewasa yang belum mendaftar dan menerima apa-apa tarikh janji temu, terlepas janji temu penerimaan dos pertama atau dos kedua dan golongan lain yang bakal diumumkan oleh KKM dari semasa ke semasa.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia