Menurut CNN, sebanyak 1,553 kes COVID-19 terbaru telah dilaporkan di India dalam 24 jam terakhir. Secara tidak langsung, India telah mencatatkan jumlah kes terbanyak dalam satu hari sejak wabak ini mermula di negara tersebut.
Selain itu, terdapat juga 36 kematian baru yang telah dilaporkan.
Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan India, sehingga kini negara tersebut telah mengesahkan sekurang-kurangnya 17,265 kes COVID-19, termasuk 543 kematian.
Seramai 2,547 orang pula telah pulih serta dilepaskan.
Menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India pula, sebanyak 401,586 sampel telah diuji pada 19 April, 2020.
Jumlah kes tertinggi dilaporkan dari negeri Maharashtra dan Gujarat, serta wilayah kesatuan Delhi.
Sumber: CNN