Bilangan kanak-kanak miskin yang tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana akan meningkat sebanyak 86 juta hingga 672 juta pada akhir tahun 2020 kerana kejatuhan ekonomi akibat daripada pandemik Covid-19.
Kajian terbaru yang dijalankan oleh United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan organisasi kemanusiaan Save the Children itu juga menyatakan bahawa tindakan segera perlu dilakukan bagi melindungi keluarga-keluarga yang menghadapi masalah kewangan.
Hampir dua pertiga kanak-kanak ini tinggal di Afrika sub-Sahara dan Asia Selatan dan negara-negara di seluruh Eropah serta Asia Tengah menyaksikan peningkatan yang paling ketara iaitu sehingga 44% peratus di seluruh wilayah.
“Pandemik koronavirus telah mencetuskan krisis sosio-ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini sehingga menyebabkan kekurangan sumber bagi seisi keluarga di seluruh dunia,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore dalam satu kenyataan.
Organisasi tersebut juga memberi amaran kepada impak yang akan berlaku disebabkan oleh krisis ekonomi dunia adalah dua kali ganda lebih teruk iaitu sesebuah keluarga kurang mampu untuk mendapatkan bekalan asas seperti makanan dan akses kepada rawatan kesihatan atau pendidikan.
Sumber: The Economic Times