Seorang kanak-kanak berhadapan detik cemas apabila hampir ‘diculik’ seekor beruk liar di sebuah kebun pada 27 Julai lalu.
Dalam kejadian tersebut, Qistina Adelia yang berusia 3 tahun telah mengikut ibu dan ayahnya ke kebun milik rakan mereka sebelum diserang haiwan berkenaan.
Nasib menyebelahinya apabila haiwan itu melepaskan Qistina setelah dihalau dan dipukul oleh pemilik kebun berkenaan.
Susulan itu, Qistina mengalami kecederaan dan luka pada bahagian muka akibat gigitan beruk tersebut dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.
Detik mencemaskan itu dikongsikan ibunya, Puan Syafina di laman Facebook miliknya beberapa hari lalu.
Berikutan itu kongsi ibunya, Qistina telah diberi suntikan vaksin bagi mengelakkan kancing gigi selain diberi ubat dan krim antibiotik bagi mengelakkan kuman merebak.
Gambar: Princess Far’Sya
Gambar: Princess Far’Sya
Gambar: Princess Far’Sya
Gambar: Princess Far’SyaSumber: Princess Far’Sya