Ibu Itik Seakan Minta Bantuan, Tolong Anaknya Terperangkap Dalam Lubang

Nurul Najiha

Tular satu video yang berdurasi selama 3:05 minit yang dikongsikan di laman Twitter mengenai seekor ibu itik yang seakan berusaha memanggil orang untuk membantunya menyelamatkan anak-anaknya yang terperangkap di dalam longkang.

Kemudian, datang seorang lelaki bersama kawannya untuk membantu ibu itik tersebut. Dia memotong besi pada longkang berkenaan untuk memudahkannya menyelamatkan anak-anak itik itu.

Apa yang mengejutkan, sebanyak 20 ekor anak itik yang terperangkap di dalamnya.

Pada akhir rakaman video tersebut, ibu itik berasa sangat gembira selepas semua anak-anaknya dapat diselamatkan dan mereka berjalan bersama untuk pulang.

Sumber: TheDodo