Ibu bapa dinasihati untuk tidak membawa anak-anak kecil mereka berkunjung bersama ke bazar Ramadan atas faktor-faktor kesihatan.
Sudah dua hari Ramadan membuka tirainya. Selain beribadah, perkara paling menarik perhatian orang ramai adalah berkunjung ke tapak-tapak bazar Ramadan.
Setelah hampir dua tahun negara kita melalui Ramadan tanpa bazar, selain bazar yang dijalankan melalui prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat sebelum ini.
Namun sejajar dengan pengumuman yang telah dibuat oleh kerajaan mengenai peralihan fasa endemik pada 1 April lalu, kini bazar Ramadan telah dibuka semula tanpa SOP yang ‘terlalu’ ketat seperti tahun terdahulu.
Oleh itu, rakyat Malaysia hari ini tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke tapak-tapak bazar Ramadan yang telah disediakan untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa.
Namun, menerusi tinjauan wartawan foto BERNAMA di tapak bazar Stadium Shah Alam hari ini, terdapat juga segelintir ibu bapa yang membawa anak-anak kecil mereka berkunjung ke sana untuk membeli juadah berbuka puasa.
Membawa anak kecil ke tempat yang ramai orang dibimbangi akan menyebabkan berlakunya risiko jangkitan, ditambah pula dengan keadaan COVID-19 sendiri yang masih belum reda.
Memetik laporan ringkas Bernama, tindakan segelintir ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke bazar Ramadan ini pernah diberi peringatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini.
“Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan menasihatkan ibu bapa agar tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik,” petikan daripada Bernama.
Berikut di bawah adalah rakaman foto-foto hasil bidikan wartawan foto Bernama, Mohd Asri Saifuddin Mamat yang turun ke bazar Stadium Shah Alam petang tadi melakukan tinjauan lapangan.
Berdasarkan rakaman tersebut, dapat dilihat secara rambang terdapat beberapa ibu bapa yang membawa anak kecil mereka sekali ke sana.
Gambar via Bernama
Gambar via Bernama
Gambar via Bernama
Gambar via Bernama
Gambar via BernamaSumber: Bernama