Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kemudahan kepada ahli yang terjejas untuk mengakses akuan 1 bagi kemudahan i-Sinar.
Dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk dua juta ahli KWSP yang layak, merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan sumber pendapatan.
Oleh itu, ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. dan amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.
Menurut KWSP, pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021 di mana amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.
Berikut merupakan perincian untuk menentukan amaun yang boleh diakses bagi ahli untuk permohonan di bawah i-Sinar.


Sumber: KWSP