HUJAN LEBAT BAHAYA
Gambar: BERNAMA

Hujan Sangat Lebat Berterusan Tahap Bahaya Dijangka Landa 4 Negeri Hingga 26 November Ini

Fazidi

Hujan Sangat Lebat Berterusan Tahap Bahaya Dijangka Landa 4 Negeri Hingga 26 November Ini

Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka akan melanda empat buah negeri sehingga 26 November ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena cuaca buruk itu melibatkan seluruh negeri Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Di Kedah, kawasan yang terjejas adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik.

Manakala di Kelantan, amaran tersebut melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Menerusi amaran yang dikeluarkan itu lagi, hanya satu kawasan di Terengganu yang terjejas iaitu melibatkan daerah Besut.

Selain amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (tahap buruk) dijangka melanda beberapa kawasan lain di Kedah, Kelantan, Terengganu dan dua lagi negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Bagi Kedah, amaran itu meliputi kawasan Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Kelantan pula, kawasan yang terlibat adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Di Terengganu, kawasan yang tersenarai adalah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Seterusnya kawasan yang terlibat di Perak adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak dan seluruh kawasan di Pulau Pinang.

Amaran yang dikeluarkan juga bagi tarikh sehingga 26 November.

BACA: “Kenapa Kau Tak Pernah Cakap”, Saiful Apek Kongsi Kisah Pertama Kali Dapat Tahu Siapa Kakak Korie GV12

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia