Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa 11 Negeri Sehingga 6 Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur sehingga jam 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.
11 negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Di Kedah, kawasan yang terjejas dengan amaran tersebut adalah Kuala Muda, Kulum dan Bandar Baharu. Sementara di Perak pula, amaran yang dikeluar melibatkan kawasan Kerian dan Larut, Matang Dan Selama.
Selain itu, hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di negeri pantai timur iaitu di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Di Selangor, hujan lebat dan ribut petir dijangkan melanda kawasan Kuala Selangor, Gombak, Klang dan Petaling.
Manakala di Kelantan, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Seterusnya di Negeri Sembilan, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Seremban, Port Dickson dan Rembau.
Antara kawasan lain yang juga terlibat
Di Johor, kawasan-kawasan yang terlibat dengan amaran itu adalah daerah Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Beralih ke Sabah, MetMalaysia mengeluarkan amaran tersebut untuk kawasan di Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).
MetMalaysia menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di daerah Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Sarikei) dan Mukah (Tanjung Manis) di Sarawak.
BACA: Jasad Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah Telah Ditemui
Sumber: MetMalaysia via Facebook