
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 4.55 petang (25 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan seluruh negara sehingga 8 malam ini.
Antara negeri dan kawasan yang dijangka terlibat adalah Perlis. Manakala di Kedah, kawasan-kawasan yang diramal akan dilanda fenomena cuaca berkenaan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, dan seluruh negeri Pulau Pinang. Di Perak, kawasan yang diramal dilanda hujan lebat dan ribut petir adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.
Seterusnya di kawasan Pantai Timur melibatkan negeri Kelantan pula melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala di Terengganu hanya melibatkan tiga kawasan iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, dan Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan.
Kemudian di negeri Selangor melibatkan kawasan di Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Di sebelah Barat Semenanjung negeri yang terlibat adalah Negeri Sembilan iaitu di kawasan Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin, seluruh Melaka dan Johor.
Di Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang dan Sabah pula melibatkan Pedalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
Orang awam yang duduk berhampiran kawasan yang dijangka terlibat dengan amaran ini dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan elakkan keluar sekiranya tiada urusan penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Sumber: MetMalaysia