Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa kawasan sehingga 6 petang ini.
Amaran itu dikeluarkan pada pukul 2:30 petang tadi menunjukkan terdapat 7 negeri dan beberapa kawasan dijangka dilanda ribut petir.
Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah:
Perak: Batang Padang dan Muallim
Selangor: Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan: Jelebu
Sarawak: Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod)
Sumber: MetMalaysia