Air Fryer sebenarnya mempunyai banyak manfaatnya terutamanya kepada penggemar makanan bergoreng tetapi ingin menjaga kesihatan kerana alat ini sesuai untuk menggoreng tanpa menggunakan minyak.
Memiliki perkakas ini pastinya memudahkan orang ramai yang jarang masuk ke dapur kerana ianya memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa tanpa perlu menggunakan minyak masak untuk menggoreng, membakar dan sebagainya.
Terbaru, seorang wanita iaitu Erina Haura berkongsi di akaun Facebook mengenai resepi yang hanya menggunakan Air Fryer tanpa perlu renyah di dapur.
Menurutnya, dia ingin mengubah cara pengambilan pemakanannya yang dari kecil menghidap obesiti fasa ketiga. Setahun dia sudah mempraktikkan pemakanan yang sihat hasilnya amat memuaskan. Air Fryer banyak membantu dalam membuat makanan yang sihat dan sedap. Selamat mencuba.
Sumber: Erina Haura