Dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24 telah dinobatkan sebagai pelajar Malaysia pertama yang dipilih menerima anugerah Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Science.
Pelajar berasal dari Sungai Petani, Kedah itu merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.
Dalam satu kenyataan, JPA berkata pencapaian akademik Muhamad Saiful Hakimi dan kemahiran kepimpinannya yang tinggi mendapat pujian wakil universiti berkenaan.
Pelajar cemerlang itu kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di universiti yang sama.
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam, Bernama